Tiada masa untuk ditunggu
Tiada hala untuk dituju
Tiada hiba untuk dirasa
Tiada takhta untuk kita
Tiada daya untuk diseru
Tiada janji untuk ditepati
Tiada tiang untuk disandang
Tiada tongkat sakti untuk kita
Tiada kata untuk bicara
Tiada lagu untuk dinyanyi
Tiada puisi untuk memuji
Tiada apa-apa lagi untuk kita
Sudah merempat tak bertempat
Sudah sempit dan terkepit
Sudah penat berlumba dan berlari
Sudahlah, kita berhenti saja disini.
Tamat.
Thursday, 10 September 2009
Tamat
Labels:
Words
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks for leaving your mark!