Maaf, tak berniat untuk berperasaan
Bukan mencuba, bukan mencorak pun
Cuma nak mengopek hati, mencuit rasa
Cuba menyelam naluri, sambil berteduh luka
Maaf ya, tapi aku ada pendinding
Terbina dengan keping-keping janji yang mati
Hasil helah tak berhati, rekah sana-sini
Maaf ya, aku selamat, mungkin kau cuba lagi lain hari?
Kau serupa pahlawan bertahan, terpacak tapak
Kau macam haiwan ditawan, dibalut resah
Kau juga seperti pencinta tak bertuan
Membangkang diri, mengikat rasa
Aku tak tersepit atau sawan lah, aku cuma parah terluka
Dinding penyelamat ini dipahat rapat, membendung perit
Aku juga dah gelap hati dan mata, lagipun kau siapa ya?
Maaf ya, aku dah tak berhati, sila cuba lagi lain hari?
Aku cuma hinggap berkongsi rasa
Berehat sayap, sambil berteduh luka
Kalau macam itu, takpa lah, aku berlalu dulu
Harap dinding tebal kau itu ada lampu dan pintu
Untuk masa-masa kau sedar dari mimpi ngeri
Untuk kau atau aku cuba lagi lain hari
No comments:
Post a Comment
Thanks for leaving your mark!