Dia menuding gembira ke langit utara
“Ada bintang gugur untuk permintaan malam ini!”
“Aku nak minta Senyum, Tawa, dan Kasih kala ini”
Tanpa kata, memejam mata, dia menongkat hajat ,menghembus mimpi
Dia melonjak bersorak gembira ke langit utara
“Kau pula untuk bertitah niat wahai Sang Kera hehe”
Aku yang tersenyum kaku dilempar tanya hairan
“Ada bintang impian, kau sia-sia kan?”
Aku tak perlu menggapai tinggi untuk harapan
Aku tak perlu menjala bintang untuk impian
Kerana kau hanya sejarak sekelip di hadapan
Jika kau jauh pun, cuma tinggal 10 digit untuk dipicit dan dicuit
Tapi sesaat itu juga aku lemas hati
Sesaat aku terbelah pendapat, terbahagi semangat
Kesal pada bintang permintaan yang dah jauh gugur
Resah jika bukan aku yang dia idam…
Pada si bintang permintaan malam ini.
Oji | 21 August 2009
Posted via Blogaway
gdness so touching. u've definitely got sthg going on here. keep on writing..
ReplyDelete