Monday 12 October 2009

Hujan

Hujan dah mula turun sekarang. Bagus lah.
Boleh tenggelam bising kehidupan luar sana.

Hujan tengah turun lebat sekarang. Bagus lah.
Boleh aku lemaskan diri dalam kekelabuan.

Hujan dah nak berhenti sekarang. Ahh tak bagus.
Tak cukup tebal untuk menyepi diri

Hujan dah merintik perlahan. Sangat tak bagus.
Tak cukup reda emosi kelam ini

Hujan dah berhenti. Tsk kenapa berhenti?
Terpaksa aku kembali pada bising dan bahang luar sana.

Dan guruh selepas tamat hujan seperti mengejek.
"HAHA nak singkir diri pun kau tak terdaya”

No comments:

Post a Comment

Thanks for leaving your mark!