Wednesday 25 November 2009

Sepucuk Surat

Hari ini aku terima sepucuk surat
Merah jambu disemburi harum wangi
Tertera tulisan lembut bersimpul seri
Tersulam kata-kata mimpi, janji, dan isi hati.

Ia berakhir dengan tanda lipstick merah menyala
Di kucup penuh makna. Tanpa nama.

Dan aku cuma berkata "Ia mungkin tersalah alamat"
Kerana tiada mimpi, janji, atau hati di rumah ini.

2 comments:

  1. sekali sekali buatlah sajak yang optimis sikit bro :)

    ReplyDelete
  2. I'll leave that to other people with optimism :)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your mark!